Pages

Friday, October 29, 2010

28 October, 2010

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semalam kat office aku ada birthday celebration untuk dua orang partner kitrang. Lepas lunch semua staff kena berkumpul kat training room untuk surprise party yang organised by lenglui department aku. Aku bukan lenglui maka aku tak join untuk preparation. Cuma jadi invited photographer guna kamera cikai aku. Lama jugak ktrang duk berkepam dalam training room tu. Nak2 bila surprise tu kena post poned. Aku agak dah lebih sejam sebenarnya ktrang tunggu. Ada la mulut2 sweet kata sebabkan dah duk sejam kat situ, maka sejam ktrang tak buat kerja, maka sejamlah masa untuk balik umah tu kena delay. Hahah. No way! hari ni 28 Oktober weh. Gaji masuk. Harus balik kerja awal untuk bershopping! Harus! Makan malam jugak harus sedap-sedap. Tapi sebabkan terlambat pi shopping, kabut2 dan dah pening cari tempat makan, Minnie Chop je la tempat dituju. Tapi tetap makan malam yang romantik kan? Cuba cari mana muka aku dalam gambar ramai2 neh. Hehhe.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Aku nak balik kampung malam neh sampai hari ahad. Ada reunion sekolah untuk batch SPM 2002 MRSM Chenderoh Perak. Kitrang first batch maktab neh. Cikgu2 dah sangat rindukan pioneer maktab yang comel2 dan ensem2 neh. Aku harus pergi dulu. Jaga diri ye. Selamat jalan kawan2. Aku akan rindu korang. Chewah!

nurhidayahyahya
Sunday, October 24, 2010

Coffee Mate Semarakkan Cinta Aku

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Ini bukan entri jiwang karat tapi aku baru jatuh cinta kat creamer Nestle Coffee Mate. Hahah. Lambat kan? Padahal Nuffnang , Youth Says & macam2 lagi media pengiklanan dah kenalkan Coffee Mate neh. Nampak sangat aku jarang bancuh air n pagi2 asik beli air bungkus kat kedai Kak Normah tu. Cerita bermula bila kawan satu department aku suka minum nescafe kurang manis. Pagi2 aku mesti dengar dia komen air yang dia bancuh menjadi atau tak. Dia tak pandai bajet berapa banyak susu pekat yang dia patut letak untuk bagi air tu kurang manis dan yang paling penting warna air tu mesti cantik. Sampai satu hari ada orang ajar dia bancuh guna creamer Coffee Mate untuk gantikan susu pekat. Bebelan dia bertukar jadi Ouh! Sedapnya..Ouh! Cantiknya warna air nescafe ni.. Suatu hari aku terlambat datang kerja dan tak sempat breakfast dan dia ajak aku bancuh air nescafe Coffee Mate fevret dia tu. Aku tumpang sekaki bila dia offer untuk bancuhkan untuk aku. Ye aku tak bijak bancuh air. Sedap! Aku jatuh cinta kat creamer Coffee Mate tu. Siyes sedap! Selamat tiga hari berturut2 minum pagi aku disediakan oleh dia. Hahah. Hari keempat aku semakin malu dan cuba bancuh sendiri. Yes! Menjadi. Sejak hari tu aku jarang order air bila makan breakfast kat kedai Kak Normah.


Cinta Kerja


Aku rasa aku makin semangat bekerja bila dapat minum nescafe Coffee Mate sebelum mulakan kerja. Hahaha. Bajet je kan? Rasa ada tenaga la. Kalau minum nescafe O Kak Normah, aku tetap mengantuk. Aku lebih gemar minum air O. Aku memang tak gemar minum air yang ditambah susu pekat. Rasa mengantuk je maybe sebab ada susu kan? Lepas tu mesti malas2 nak buat kerja. Tak pernah minum habis pulak tu. Membazir kan? Kalau minum nescafe Coffee Mate mesti habis. Lepas tu free sebab nescafe, Coffee Mate dan gula ada secara percuma kat pantry office. Heheh. Aku ingat awal2 minum tu kawan department aku tu mesti akan toleh ke arah aku setiap kali aku hirup air aku sambil tersenyum dan bertanya 'Sedap kan?'. Setiap kali ktrang pergi bancuh sama2 pun dia akan senyum sambil bancuh dan compare warna air bancuhan kitrang. Kalau aku bancuh sendiri, dia akan senyum selalu sebab dia macam bahagia aku ada air kegemaran yang sama macam dia kot. Aku bukan nak cakap aku jatuh cinta kat dia sebab dia perempuan. Hahah. Tapi aku rasakan ktrang dah asyik tersenyum. Kan bagus tu?


Cinta Study

Aku bukan setakat minum nescafe Coffee Mate neh kat office je. Sebabkan minum ni tak mengantuk maka aku beli sepeket untuk dibancuh kat rumah. Boleh bancuh dan minum semasa study. Exam tinggal sebulan je lagi neh. Kalau minum nescafe 3in1 biasanya aku akan sakit kepala dan yang paling penting gigi kuning aku bertambah kuning. Lagi satu, bila dah minum tu mata memang tak mengantuk tapi kepala kosong dan badan penat. Bila dah sampai masa untuk tido, mata terbuntang tapi rasa penat nak rehat tapi tak boleh tido. Susah kan? Kalau dengan Coffee Mate, bila2 pun senang je nak tido. Kalau dah suka tido tu memang la senang kan? Hahah.


Coffee Mate sedap diminum ketika panas2. Heaven bebeh! Kalau dah sejuk tu nanti berketul2 naik creamer tu tapi rasanya tetap sedap cuma tak best la minum bila dah jadi sejuk. Tak rasa nikmat cinta tu. Hahah. Selamat ber Coffee Mate! Layankan video COFFEE MATE - Nota Cinta:

1) Nota Cinta Episod 1
2) Nota Cinta Episod 2
3) Nota Cinta Episod 3

nurhidayahyahya
Thursday, October 21, 2010

Dia Sudah Pergi Dulu

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Photobucket

Kura-kura aku yang kecik dah mati semalam (20102010). Masa raya hari raya 2010 tu mak aku suruh aku tinggalkan dua ekor kura-kura aku kat kampung. Sebab kat KL kitorang guna air paip untuk akuarium sampai mata kura-kura kadang sakit tak boleh bukak. Actually mak aku dah pesan suruh lepaskan tapi since masa tinggalkan tu ada sekor yang besar punya tengah sakit mata. So tak sampai hati la. Biarlah sepupu2 aku jaga kan kat kampung. Lagipun yang sakit mata tu dah bertambah baik. Tapi semalam kura-kura yang kecik mati. Disyaki kena hempap dengan kura-kura sepupu aku yang besar gila. Kadang-kadang ktrang letak tiga-tiga kura-kura neh sekali dalam satu besen sebab diorang berkawan kot. Tapi dah ajal kan. Aku sedih gila kot. Menangis sikit. Tak boleh nangis banyak2 sebab aku kat office masa makcik aku bagitau. Sedih!

Photobucket

Inilah kura-kura besar. Namanya Dexter. Siap kau. Aku balik kampung nanti aku geletek kau sampai kau sesak nafas! Dexter neh tak tahan kalau orang usik2 cengkerang dia. Mesti dia nak lari laju-laju.

Sori ye kura-kura sebab aku tak ada di hari pengkebumian dikau. Pakcik aku dah selamat tanam kura-kura aku pagi tadi. Hujung bulan neh nak balik kampung nak melawat kubur dia. Al-Fatihah.
Thursday, October 14, 2010

Bila Rasa Gembira Tunjuk Gigi :D

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Photobucket

Monday, October 11, 2010

Guide to A Better Life - Randy Pausch

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku ada terima email dari seorang bos kat office aku. Dia share pasal Randy Pausch yang mati akibat pancreatic cancer dalam tahun 2008. Dia ada tulis buku bertajuk "The last lecture" sebelum dia mati di mana buku tersebut menjadi salah satu bestsellers dalam tahun 2007. Dalam satu surat yang dia tulis kepada isteri dan anak2 dia, dia ada list kan beberapa guide untuk hidup yang lebih baik kepada isteri dan anak2 dia. Aku nak share guide tersebut sebab aku rasa ia bagus untuk kita ikut. Semoga Tuhan merahmati Randy Pausch.


Photobucket

POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE

Personality:
1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment
3. Don't over do; keep your limits
4. Don't take yourself so seriously; no one else does
5. Don't waste your precious energy on gossip
6. Dream more while you are awake
7. Envy is a waste of time. You already have all you need..
8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
10. Make peace with your past so it won't spoil the present
11. No one is in charge of your happiness except you
12. Realize that life is a school and you are here to learn.
Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
13. Smile and laugh more
14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:
15. Call your family often
16. Each day give something good to others
17. Forgive everyone for everything
18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
19. Try to make at least three people smile each day
20. What other people think of you is none of your business
21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:
22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do.
23. GOD heals everything
24. Do the right things
25. However good or bad a situation is, it will change
26. No matter how you feel, get up, dress up and show up
27. The best is yet to come
28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy.

Saturday, October 9, 2010

Kenangan Syawal di Kampung

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

29 Syawal 1431 Hijrah

Lama kan tak update blog neh? Terima kasih dan maaflah untuk siapa2 yang sudi ziarah blog neh walaupun aku kurang membalas kunjungan. Tak ada alasan cuma kurang rajin *kenapa tumblr boleh ada sampai 7 entri satu hari?*. Kalau tengok pada tarikh hari ni tinggal lagi sehari saja lagi sebelum Syawal berakhir. Sebelum aku terlewat (memang lewat sangat neh) aku nak kabar kenangan raya aku untuk tahun 2010 neh. Sepatutnya entri ini keluar dulu sebelum entri Kemalangan di Hari Raya 1 dan Kemalangan di Hari Raya 2. Hehhe. Tapi bila otak dah senget, semua pun tunggang terbalik. Tahun ni kali pertama aku beraya tanpa kakak aku yang dah menetap di Sabah dengan keluarga mertua dia. Entri ni khas aku buat untuk akak aku supaya dia jealous dengan kegembiraan kitrang beraya di Perak.

Malam hari raya macam biasa aktiviti membakar duit dengan bermain mercun dan bunga api. Kureng sikit mercun malam raya sebab inventori terkawal. Bajet nak saving untuk malam2 hari raya yang lain juga. Esoknya pagi raya macam biasa anak2 dara yang cantik wajib bersiap berdandan lambat pastu wajib duk saf belakang kat masjid untuk semayang raya. Saja je kan tunggu dah ramai lelaki kat masjid baru nak datang so boleh melenggang jadi tumpuan sebelum masuk masjid. Aktiviti wajib lepas semayang raya adalah ziarah kubur saudara mara: tok ayah, pah, pak itam. Time neh teringat arwah abang kedua aku. Kubur arwah kat KL so tak pernah pun pagi raya ziarah kubur arwah. Al-Fatihah.


Photobucket
Para ibu: jom amik gambar ramai2 pastu hantar kat Fariza (akak) kat Sabah tu kasi dia jeles

Lepas beraya tiga ke empat buah rumah yang wajib ktrang lepak umah je tunggu family bakal mertua (insyaAllah) sepupu aku, family Acap dari Pengkalan Hulu. Makcik2 aku cakap tahun 2010 tahun berkenalan2 sebab family pakwe makwe anak2 dara neh saling kunjung mengunjung. Aku? Dipaksa kahwin tahun 2011 dan laju2 kena cari calon suami. Mana nak jumpa? Lagi kelakar bila time diorang ajak aku beraya "Jom la Dayah ikut beraya mana tahu ada jumpa laki yang berkenan buat menantu mak". Haish! Petang raya ktrang beraya kat hospital Kuala Kangsar sebab ada sepupu aku kena tahan kat wad untuk follow jadual masukkan ubat dalam badan sebabkan alergy apa ntah.


Photobucket

Hari raya kedua hari membalas kunjungan orang di Pengkalan Hulu. Kelakar bila ktrang risau tak dapat makan tengah hari kat sana, ktrang singgah Gerik tapau maggi goreng mamak pastu makan dalam kereta. Macam tak bleh makan kat kedai mamak tu je kan. Jauh tu perjalanan dari Lenggong ke Pengkalan Hulu. Tapi berbaloi sebabnya family Acap bekalkan ktrang banyakkkk mercun. Diorang dapat supply dari sempadan. Bagus. Malam harinya kaki aku dapat mercun roket.


Photobucket

Hari raya ketiga hari untuk adik aku pulak kunjung mengunjung umah family bakal mertua dia (insyaAllah) kat Setiawan. Aku cuma hantar dia kat hentian Kuala Kangsar untuk dia amik bus ke Setiawan. Lepas tu aku bawak sepupu2 aku beraya kat umah kawan mrsm aku, Hanis kat Kuale. Hanis dah nak kahwin, mak dia kasi aku soalan cepu emas. Haish sekali lagi. Balik Lenggong siap2 bawak mak n makcik aku beraya kat umah saudara kat dalam kg ngan kat Tasik Raban.


Photobucket

Hari raya keempat sibuk beraya lagi. Aku ajak mak n makcik aku beraya kat umah kawan mrsm aku gak, Aishah. Kali lagi stress sebab Aishah dah kahwin. Mak dia sibuk tanya2 aku lagi. Haishh. Sabar makcik. Lepas tu pi beraya kat kampung jiran. Time neh dah tengah hari. Kelaparan. Mula2 diorang hidang kuih muih je. Sekali datang sepiring lemang, berebut kot. Tapi tuan rumah buat tak faham tengok ktrang makan laju2. Hahah. Lapar. Nak nasik!


Photobucket

Hari raya kelima pulak ktrang pergi berkelah makan tengah hari kat air terjun Lata Kekabu. Tak jauh pun dari umah ktrang. Dalam 5-10 minit naik kereta. Pagi tu kitrang siap2 memasak kat rumah. Leceh kot nak BBQ dengan budak2 gedik & lasak ramai sangat. Aku siap paksa budak2 tolong kat dapur kalau diorang nak ikut pi berkelah. Hahha. Menu kitrang biasa je untuk makan tengah hari : nasik putih, ayam bakar, udang sambal kunyit dan gulai lemak kulat+udang sikit. Menyelerakan kan? Air terjun neh airnya sejuk gila. Sejuk ke gila? Hahhaha. Baru cecah ibu jari kaki kat dalam air pun dah menggigil. Boleh bayangkan kesejukan air ni kan? Hahaha. Sampai je kat port baik punyaa, budak2 dah terjun masuk dalam air. Ni semua budak2 tak mandi pagi lagi. Actually lumrah kehidupan family besar aku kalau nak suruh budak2 mandi pagi termasukla aku, bawak je mandi kat sini. Confirm akan mandi pagi. Hahaha. Tapi kali ni aku tak mandi sebab aku baru je mandi sebelum ktrang decide nak berkelah kat sini.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Entri ni macam panjang melampau kan? Hahah. Sukati la! Hari raya keenam hari malang aku sebab terjadinya trajedi terhiris jari. Sakit dowh. Pagi hari raya ketujuh baru aku balik Kuala Lumpur. Gila tak best! Kalau boleh aku nak je duduk kat kampung tu. Tapi sape nak suap aku makan? Hahah.

Selamat Hari Raya AidilFitri. Jumpa lagi tahun depan!