Pages

Wednesday, November 7, 2012

Tiga Puluh Lapan Hari Lagi Untuk Aku Dapat Roommate Baru?

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Salam semua. Masa dah suntuk. Aku dah excited nak kawen ni. Kejap2 bukak blog Mat dapur takdak sempadan tu. Tiap ari cuba hafal resipi gulai ketam. Tapi aku dah ready ke nak kawen ni?  Macam tak percaya je tinggal lagi sebulan lebih nak kawen. Berapa kali eh aku tanye Chaon, bulan depan kita kawen? Eh? Betul ke? Aku rasa dah tak boleh nak goyang kaki berjoget2 dah. Kena kerja lebih masa dan pantas. Tapi apa ye yang aku kena buat sekarang? Bila rasa tak cukup masa tu mesti aku macam blur2 apa lagi aku kena buat. Checklist pun entah ke mana. Aku ada ke checklist? Yang aku tengok setiap hari cuma budget kawen. Tengok ape yang nak dibayar hari ni, esok, minggu ni, minggu depan, bulan depan, dan berapa baki kena settle? Berapa cash yang kitrang ada? Berapa baki duit simpanan. Cukup ke?

Pondok Kasih Sayang
Apa persiapan terbaru kitrang? Setakat ni sibuk uruskan rumah. Lepas kawen kitrang duduk kat rumah yg aku beli tahun lepas yang aku sewakan tu. Actually boleh je cari rumah lain yang lagi murah. Maklumlah baru nak kawen banyak nak pakai duit. Tapi aku dah tak tahan nak melayan sorang penyewa yang liat benar nak bayar sewa. Setiap bulan kena ugut, kena maki, kena ceramah. Tengah bulan baru dia bayar. Sebagai wanita comel yang takmau hilang kejelitaan akibat stress dengan penyewa, aku ajak la Chaon duduk rumah tu. So, ada alasan untuk penyewa tu keluar. InsyaAllah buat masa sekarang situlah tempat berteduh kitrang. Senang kan?

Bilik Malam Pertama =p
InsyaAllah, plan kitrang  nak bernikah kat rumah sendiri. Bila dah nak buat majlis kat rumah sendiri, haruslah kena buat persiapan untuk menghias rumah kan. Dua minggu lepas time weekend aku ngan Chaon sibuk survey set bilik tidur kat kedai2 perabot. Tak la banyak sangat kedai kitrang pergi. Last, kitrang pilih kat kedai pertama kitrang pergi, Maju Home. Murah kot. So, dah booking set bilik tidur. Tapi sebabkan penyewa hanya akan keluar akhir November, kitrang tak decide lagi bila Maju Home boleh hantar tempat tidur kitrang. Hehehe. Btw, aku dah chop 1 set sofa ngan rak kasut kat Maju Home tapi barang tak penting, lepas kawen baru rembat. Wahahah.

Honeymoon <3<3
Hahahha. Ini tak elok dicontohi untuk bakal pengantin. Borang nikah pun belum settle tapi aku ngan Chaon dan booking dua tempat untuk honeymoon. Hahaha. Chaon kata boleh tido lena dah sebab dah booking. Aku ni tak tido lena lagi sebab borang nikah part aku tak settle lagi weh. Tapi kat mane nak honeymoon? Nanti la update. Ingatkan nak pergi pantai tapi ujung tahun pantai banyak tutup kat area pantai timur. Gelora laut china selatan kan. Takpe lain kali InsyaAllah. 

Langsir dan Karpet mak ku
Actually nak paw mak aku belikan langsir untuk rumah kitrang nanti. Tapi bila sampai je Nilai 3 tu, mak aku sibuk suh beli karpet. Aduh! Aku tak minat nak pakai karpet2 ni. Tapi dia cakap untuk majlis nikah nanti elok guna karpet. Takdak weh dalam bajet aku nak beli karpet ni. Aku takmau bayar. Majuk2 pastu Mak aku la kena bayar. Dia cakap nanti karpet tu dapat kat dia. Ok fine. Hahaha. Dah dibelinya karpet, bila time beli langsir, mak aku takmau bayar. Aduhai...Aku ingatkan langsir ni boleh dapat rm150 je! Rupanya sampai lebih RM500! Huh! Lari bajet pastu mak aku takmau sponsor pulak. Kecewa aku. Bagusnya beli langsir nak Nilai 3 ni, korang boleh dapat free upah menjahit. Sejam je dah siap. Senang keje aku.

Manja Bee
Tiada kereta ku bawa kau jalan2 rumah pun ku tiada ada pun bapak punya.. Hahah. Akhirnya berjaya juga kitang mendapatkan Myvi Kuning! Dah lama aku nak myvi kunen ni. Sebelum keluar berita Perodua nak keluar kereta baru kaler kunen dan sebelum iklan untuk dijual ada lagi sebab time tu kawan aku kerja Perodua dah awal2 mms aku gambar kereta baru Perodua ni masa diorg test drive ke mende ntah. Kira lama gak pendam sebab time tu aku dah pakai Myvi silver mak aku. Mak aku kan xdak lesen tapi tau beli kete. Alhamdulillah la ada rezeki lebih. Tapi kan..eh..ni kan boleh di kemudiankan Sayang oiii.. Mentang2 nak dapat roommate baru, kete sibuk nak baru. Kete ni nama dia bukan Bumble Bee tapi Manja Bee! Hahahah.
Photobucket
Kebetulan no plat kete Myvi Silver aku 5744. Myvi Kuning 5745. Hehehe. Chiow!

nurhidayahyahya

1 Komen:

nisa said...

ah kemana2 je, ko msti nmp aku kn... skrg da ade myvi kuning! aku asik ingat, nmp je kete myvi kuning ingat kt ko... xde org lain ke aku nak ingat... hahaha