Pages

Friday, January 18, 2013

Group Honeymoon JB & USS, Singapore Hehehekhek

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Salam cuti semua. Haha. Hari Jumaat lagi tapi aku dah cuti lebih seminggu. Start Khamis lepas 10 January 2013 aku sambung cuti honeymoon berkumpulan dengan geng Redang. Nape geng Redang? Dulu sebelum kahwin kitrang ade trip ke Redang bersama-sama tahun 2010. Time tu semua belum kahwin. Ada yang lagi dua minggu nak kahwin time tu. Sempat lagi bercuti pre-honeymoon. Then kitrang plan nak bercuti sama-sama lagi tapi komitmen banyak sebab ada yang dah kahwin, ada yang baru ada anak, ada yang sibuk nak kahwin, ada yang tak kahwin-kahwin lagi. Aku la yang tak kahwin-kahwin lagi sebab dalam geng tu, aku ngan Chaon yang last sekali majlisnya. So plan berbulan madu berkumpulan ni kitang buat lepas majlis aku ngan Chaon selesai. 10 January kira ngam la tu hampir sebulan kahwin. Kitrang pergi honeymoon kat JB dan USS Singapore. Yeay! 5 famili dengan 2 infant.

 photo P1160889_zps5e47bc24.jpg

Awek gemok pakai baju merah tu dah sound tepek banyak kali sebab kitrang bergambar kat area terlarang ni

Update pasal kahwin tak buat-buat, tapi aku excited nak share gambar kitrng bersiar-siar. Bukan nak bagi tips berjalan-jalan tapi cuma nak story sikit jer. Hahah. Kitrang book tiket Air Asia dah lebih setahun rasanya. Murah. RM3 je harga tiket. Tapi total untuk dua orang termasuk tax semua jadi RM105+- la. Ok la tak payah drive dan bayar tol ngan minyak. Jimat masa jugak sebab cuma 40 minit je kot perjalanan. Baru bukak tali pinggang keselamatan dah keluar announcement nak mendarat. Menguap pun tak sempat. Kitrang sewa van Kia Pregio sehari RM350 untuk 10 Jan ngan 12 Jan je. Muatlah untuk 12 orang duduk dengan selesa. Sebabkan van dihantar kat kitrang di airport Senai, kena bayar extra RM100. Dapat je van, kitrang follow itinerary yang kitrang buat sendri, pergi jalan-jalan ke Legoland! Ambil gambar kat entrance je. Kitrang ada voucher dari Maybank (sorg geng kerja Maybank). Boleh dapat harga RM65. Plan nak beli tiket dulu pastu Sabtu baru datang. Tapi tak boleh beli in advance. Next, kitrang cari tempat makan. Restoran Saung Sunda Sawargi. Macam glamer tapi makan biasa2 la ayam penyet, pecal lele eh lele lele ooo aaaa harimau malaya.

 photo P1160956_zps9ad2f2c3.jpg

 photo P1160969_zpsd3c055ff.jpg

 photo P1160992_zps1d541456.jpg


Check in dekat Tune hotel pukul 2 ptg. Lambat betul masa check in diorang. Ni pun aku book time promotion. Dapatla bilik double bed (katil queen) sehari RM12 kot. Total untuk 2 hari RM105+- termasuk add on air cond 12 jam. Hair dryer tak termasuk tapi bila aku switch on, boleh je pakai. Hahah. Free aku dapat. Petang, pergi Johor Premium Outlets. Gilos sekejap. Duit abis beratus-ratus. Chaon dapatla kemeja 4 helai. Aku dapat seluar jeans levis je sehelai. Tapi banyak habis masa untuk cari barang abang ngan adik aku kirim. Dekat magrib gak baru kaki bagitau dia letih. Hehehekhek. Malam kitrang cari mee rebus paling glamer kat JB, Restoran ZZ Mee Rebus Tulang Jalan Petri. Tapi kitrang makan kat branch dia kat mane ntah. Wahh! Aku order mee rebus tulang+daging. Dapat straw besar ngan dua gearbox. Satu kecik satu besar. Kenyang sampai nak baring tengah jalan. Sedap!! Dah kenyang, exercise la kat Danga Bay! Naik basikal berirama. Hahahakhak. Kitrang sewa basikal untuk 6 orang naik. Tapi naik 4 orang dengan Nisa ngan suami dia Dafi. Tapi aku tak kayuh pun sebab kaki aku tak sampai. Hahah. Berpeluh2 jantan la Dafi ngan Chaon megayuh bawak Nisa yang berat tu.

 photo P1170015_zps34abde5b.jpg

Budak Cahaya tu memang suka buli aku. 
Tenyeh2 muka aku tapi dengan Chaon bukan main manja.

 photo P1170024_zps884d45e8.jpg

Mee rebus tulang+daging RM9.50 kot 

 photo P1170044_zpscdaaf73f.jpg

Esok pagi 11 Jan (Bday Siti nur halijah) kitrang naik bus ke Sentosa Resort World. Lupa bagitau, booking Tune hotel tadi RM105+- tu termasuk tiket bus returns untuk dua orang ke Sentosa. Sorang RM25. Korang kena book awal tiket bus sebab dengar2 ramai gilos orang nak naik bus awal pagi. Tapi masa kitrang pegi ari Jumaat, kosong je bus. Kitrang amik kul 7.30 pagi, balik naik bus yang same pukul 7 malam. Nak balik kena tunggu dekat tempat bus yang same turunkan kita. Jem weh jalan masuk Singapore. Dahla kena turun dua kali untuk imigresen. Satu Malaysia, kejap je ni. Lagi sekali kat imigresen Singapore. Ni lambat sikit sebab kena scan semua. Kalau naik bus biasa, memang berlari2 la sebab bus tak tunggu kita tapi bus tune hotel memang akan tunggu korang sampai semua dah naik.

Bila sampai USS (kitrang tak pergi tempat lain kat Singapore ni), ambil2 gambar kat globe bergerak tu (wajib kot), kitrang beli souvenir siap2 sebab ada blog cakap fridge magent USS memang menjadi rebutan dan cepat abis. Ye jer.. pastu bila tengok orang dah beratur, kitrang pun laju2 beratur. Tapi tak panjang sangat dan tak tunggu lama la. Dalam USS, banyak nak story. Korang amik peta USS, korang amik jadual untuk show, korang jalan la puas2 sampai kaki lenguh2. 

 photo P1170126_zpsa22e2367.jpg

 photo P1170174_zpsc2161fd0.jpg


Jangan lepaskan peluang naik ride Madagascar. Naik bot pastu kiri kanan macam ada show dari movie yang mana satu ntah. Best part tu last sekali bila bot berjalan ke arah air terjun. Memang gilos risau baju basah sebab ni first game/show kitrang main sekali nak basah2 pulok. Pastu geng2 Madagascar ada keluar untuk korang bergambar, aku ngan Chaon tak sempat nak bergambar. Kitrang last sekali pastu time out diorang block kitrang. Pastu ada naik roller coaster Enchanted Airways yang paling tak adventure. Naik roller coaster tu ala-ala flight untuk ke Far Far Away tempat Shrek. Best jugak tengok show Shrek 4D. Kena pakai spek 4D pastu ada la part korang kena percikan air, rasa angin kuat, geli2 labah-labah kat kaki memang macam real la. Tapi jangan duk depan sangat sebab macam kabur je. 

 photo P1170182_zps6c5f816d.jpg

Benda yang tak boleh miss, korang kena tengok show water world. Ni perang air. Korang duk la seat kat tengah. Kalau depan2 korang akan basah kena siram dengan air/kena tembak dengan pistol air diorang / kena simbah dengan air dari speed boat diorang. Aku duk tengah2 so patutnya ada la kena percikan sikit2 tapi kitrang kering je. Belakang sekali memang sah takkan kena setitik air pun. Pastu elok tengok light camera action Steven Spielberg. Macam mana orang movie guna efek untuk hidupkan movie. Memang macam real. Aku ngan Chaon duk depan sekali tengah2. Wah panas gila bila api menyala atas air, kena percikan air bila ada storm, dengan dinding tercabut, bumbung runtuh pastu tiba2 bot besar masuk macam nak rempuh aku haaa.. Lagi korang tengok la show Monster Rock. Hantu2 Hollywood menyanyi dan menari. Rockafellas pun best, tu street dance.

 photo P1170268_zps1fbad0a0.jpg

Yeay! orang pertama dapat amik gambar dengan bumble bee awal2 pagi.

Lain-lain yang korang tak patut miss, naik roller coaster kat sci-city. Ada dua jenis, satu merah untuk human memang macam roller coaster biasa tapi kaler biru macam gila skit sebab korang duduk hanging kaki ke keluar. Aku memang tak naik la. Haha. Dengan ride transformers. Ni pun aku tak masuk. Chaon ikut tak mau masuk sebab aku tak naik. Mithali betul suami aku. Tu yang bila kawan2 lain naik, aku tarik dia tengok light camer action Steven Spielberg tu. Kasi dia gembira sikit. Hahahakhak. Naik roller coaster the mummy pun takut gak. Walaupun dalam tu gelap je so tak berapa nak seram tapi roller coaster tu laju gila dan memang terhentak2 la. Aku tahan perut tak kasi kena hentak. Part yang macam turun bukit curam gilos dengan punggung tak jejak pastu laju macam ko terjunam ke gaung tu paling aku gelabah.

 photo P1170256_zpsd3eae27d.jpg

Memang tak cukup satu hari kalau nak berjalan dalam Singapore. Satu hari duk dalam USS saje pun rasa tak cukup. Maybe lain kali boleh pergi lagi kan. Malam tu kitrang balik, van memang takde sebab tak sewa untuk hari Jumaat. So dengan penatnya kitrang cuma dinner kat Sekinchan Ikan Bakar depan tune hotel. Aku recommend korang jangan makan kat situ. Service tahi. Mintak asingkan bil pun jadi isu. Ada ikan saiz kecik tapi sibuk nak bagi ikan paling besar. Cekik darah. Paling kesian kat Chaon sebab kitrang order tomyam, takde ayam langsung. Haha. Dia tak makan udang ngan cendawan, sotong dia tak suka tapi aku paksa makan gak. Aku mane larat abiskan sorang2 tomyam semangkuk tu.

Hari last, Sabtu 12 Jan tu plan tak banyak. Kitrang rest sampai pukul 11 pagi untuk terus check out. Cari tempat lunch kat Banafee Village. Restoran ni nampak hidup time malam sebab siang takde orang tapi nampak banyak stall tepi2 restoran yang tutup. Makanan okay la tak mahal sangat. Memang ad aplan datang sini waktu malam tapi kitrang sibuk nak mee rebus tulang. Hehe. Lepas makan, sambung shopping kat JPO. Hari first dah survey kan. Pastu ada baki duit SGD pulak. Kat JPO memang ada Maybank. Pastu ada kaunter untuk money changer. Hebat! Tapi aku ngan Chaon dan surrender awal. Kitrag dah shopping masa hari first. So jalan2 je tengok apa ada pastu lepak makan aiskrim BR. Tapi sempat gak aku rembat perfume Body Shop ada less 50% ngan diary kat Cotton On cuma RM5. Hahah. Balik dari JPO kitrang mulakan misi mencari otak-otak. Pergi Kempas tapi rupanya tu otak-otak mentah. So, kitrang gerak ke Plaza Angsana. Sana ada otak-otak sedap. Pastu makan mee rebus Haji Wahid. Dalam blog mana ntah cakap sedap gila tapi hampeh. Tawar, cair, tak sedap.

 photo P1170446_zpsf3a46f39.jpg

Sebelum flight ke KL kul 10.05 mlm, kitrang singgah rumah abang sulung aku. Bagi baby2 mandi. Kitrang nak mandi tak sempat. Pukul 8 lebih kitrang gerak ke Senai airport. Part paling kelakar kat sini bila kawan aku first time naik flight, pi scan air mineral dia sekali dengan baggage. Hahah. Memang diakui sah tulen berkhasiat la. Aku pun taktau sebenarnya kalau domestic flight takde masalah bawak cecair lebih 100ml naik atas. Tapi flight kitrang delay sampai pukul 10.50 malam. Tapi tak sia-sia la tunggu sebab kitrang dapat naik Queens Park Rangers! Jakun kejap. Sampai LCCT settle2 hal bag semua dekat pukul 12 malam. Sib baik abang aku amik. Nyenyak la tido sementara nak sampai KL. Daaa.. esoknya Ahad. Tapi aku ngan Chaon tak rehat. Ada misi penting. Memburu TV 42 inci. Hahah.

 photo P1170509_zps957a3c9c.jpg

*geng USS (nama baru pulak) dah sibuk plan untuk next trip*.


nurhidayahyahya

4 Komen:

mario said...

aku syak chaon bukan nak temankan ko,,,sbnrnya diapun takut jugak tu...ekeke

Daleela said...

bestnyeeee.... Kalo bawa bukhary mcm mana nk main kat uss ngan legoland? Bleh tgkap gambar jelakan?

kech hidayah said...

mario: hahaha..aku dah suh dia naik roller coaster yang cyclon tu tp dia xmau..takut lettew...

kech hidayah said...

dalee: bolehla..gilir2 ngn ameer..hahah..xbleh naik same2 la...ade byk je game/show bleh bawak baby..tp mcm roller coaster tu sume mmg tercampak la anak ko satgi..heheh..meh aku jaga kann